Wednesday, August 3, 2011

Album Imam Muda Memecah Tradisi


Salaam & hola to all...

Memang 'Memecah Tradisi' sbb buat julung kalinya kesemua finalis Imam Muda musim 1 & 2 digabungkan dalam satu album. Tahniah buat KRU, specifically Edry sbb telah berjaya menghasilkan 3 buah lagu baru yg sgt indah, berkesan dan sedap didengar. You are genius, man!

Track pertama - Pejuang Agama menggabungkan kesemua Imam Muda musim ke-2. Sebuah lagu yg catchy. Tell you what, dah nama pun Imam kan, obviously mereka mempunyai vokal yang lunak merdu, jelas. So xleh nk pertikaikan kebolehan mereka menyanyi. Back to Pejuang Agama, aq sgt suka! Opening tuk album ni yg sgt bagus! 

Track kedua - Zikir; alunan zikir oleh barisan imam Muda musim pertama.

Track ketiga - Ujian Hidup. Sebelum ni, mmg lagu ni dpt memberi suntikan keinsafan. Sebuah lagu balada dan adakala kedengaran muzik 'Ku Ada Kamu - Adira' tapi lagu ni kekuatannya pada lyrics. The first song dalam album ni yg aq hafal. 

"Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memuji
NamaMU selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Illahi
Kerana mengurniakan nyawa ini"

Track keempat - Hambamu. Ni merupakan lagu tema Imam Muda musim ke2, gabungan hebat Mawi dan Akhil Hayy. Sekali lagi sebuah lagu yang hebat. Mengingatkan pada Intifada.

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui"


Track kelima - Selawat Ke Atas Nabi s.a.w. gabungan Imam Muda 2. Sungguh syahdu.

So, guys, apalagi. Grab this album. RM19.90 sahaja. Plus ada 3 minus one yaa utk lagu Pejuang Agama, Ujian Hidup & Hambamu. Berbaloi-baloi sungguh! .

That's all. Take care to all. Assalamualaikum.
Facebook
Twitter

No comments:

Post a Comment